Sunday, 17 June 2012

sayang abah



rasakan di hatimu secebis kasihku 
yang kian merinduimu
biar kau tiada di mataku
asal kau sentiasa bersama Penciptaku
juga Penciptamu
yang menjanjikan 
pertemuanku denganmu
di syurga milik Yang Satu....


sayang abah !...

ikhlas dari :
anakandamu yang solehah...
insyaAllah...amiin ~.

Al- Haya'

           
                                                          ~ Wanita, malumu berharga ~
     
 "Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan agama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerahkan diri"
 
-Puteriku Sayang nyanyian Hijjaz-
 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" [Riwayat Bukhari]

 

Monday, 11 June 2012

Doa Cinta Nabi Daud

Ya Allah
Aku mohon cintamu dan cinta insan yang
mencintaiMu serta yang dapat mendekatkan
aku kepada cintaMu

Ya Allah
Jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan
air yang dingi

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan
jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai

Ya Allah
Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap
cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan Mu

(Al Tarmizi)

 

   

  • ~ cahayaIslam.net

Friday, 23 March 2012

SABAR YE ^^





Bolehkah saya lafazkan rasa cinta kepadanya ?

Tak kan tak boleh? Dia baik orangnya, selalu guna perkataan soleh seperti enta, enti, usrah, qiam dan lain-lain.

Maaflah ya, jawapannya tetap sama samada kepada pemuda soleh atau pemudi solehah yang sedang diusik sindrom 'cinta enta-enti' ini.

Seorang tokoh besar Islam, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah berkata:

أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].

Jadi, sabar sedikit lagi ye...


* dr zainur rashid