Bolehkah saya lafazkan rasa cinta kepadanya ?
Tak kan tak boleh? Dia baik orangnya, selalu guna perkataan soleh seperti enta, enti, usrah, qiam dan lain-lain.
Maaflah ya, jawapannya tetap sama samada kepada pemuda soleh atau pemudi solehah yang sedang diusik sindrom 'cinta enta-enti' ini.
Seorang tokoh besar Islam, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah berkata:
أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].
Jadi, sabar sedikit lagi ye...
* dr zainur rashid