“Pada setiap
Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang
berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan
risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan
anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu,
hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula
membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya
dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah
bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku!
Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah
bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan
turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan
cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi
ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan
itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada
sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal
satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya
tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke
sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu
namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di
jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai
sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun
tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada
sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar
risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang
perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik
boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari
langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima
kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu
berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan
ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan
sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia
adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun
sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang
Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh
diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung
satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun
yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian
saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya
sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian
lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang
comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling
indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan
semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang
bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah
terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak
disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan
berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid
itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir
ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk
anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh
hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah
yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama
malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH
kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! ALLAHUAKBAR!
Wassallam
No comments:
Post a Comment