Saya ada satu cerita
menarik untuk dikongsi bersama…antara ayam dan babi…
selamat membaca....~
Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya
bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, umat Islam
mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing
pita, mikro-mikro dan bakteria lainnya. Namun sekarang, babi yang dibesarkan
dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan
melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan
cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi.
Dengan kepandaian yang
dimiliki oleh Imam Muhammad Abduh, beliau meminta mereka menghadirkan dua ekor
ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan seekor babi
betina. Mereka bertanya, “untuk apa ?”.
Beliau menjawab, “ penuhi permintaan saya dan saya akan perlihatkan suatu
rahsia yang kalian inginkan.”
Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan
bersama seekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling
menyerang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan
harga dirinya sehingga salah seekor darinya nyaris mati. Kemudian Muhammad
Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut dan meminta mereka
melepaskan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Kali ini mereka
menyaksikan keanehan yang berlaku…
Dua babi jantan itu tidak saling menyerang dan berkelahi tapi
bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan ‘hajat’ masing-masing
tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Keduanya
muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.
Kesimpulannya, daging babi membunuh ‘ghairah’ (cemburu) orang yang
memakannya dan itulah yang terjadi sekarang.
Kita mungkin pernah jumpa dengan lelaki yang ketika melihat isterinya
atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan
mahram hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah sifat-sifat
itu sudah menular??? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda… Fikir-fikirkanlah….
No comments:
Post a Comment