Tuesday, 29 November 2011

My Friends





Friends  are the flowers in the garden of life,
They help you through times of trouble and strife,

There’s nothing like friends to make a heart sing,
True friends will share with you most everything,

They will not abandon you in times of need,
They aren’t overcome by envy or greed,

Friends are the icing on life’s  great big cake,
Real friends will give allow you to take,

I don’t know how I would survive without friends,
They applaud my beginnings and mourn my sad ends,

Tell me, please tell me, what would I do,
If I didn’t have a garden full of friends just like YOU!!!

Have A Beautiful Week My Friend

I BELIEVE


When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day


Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan

Monday, 28 November 2011

Remember…you are what you eat!!!…


Saya ada satu cerita menarik untuk dikongsi bersama…antara ayam dan babi…
selamat membaca....~
Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikro-mikro dan bakteria lainnya. Namun sekarang, babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi.
 Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam Muhammad Abduh, beliau meminta mereka menghadirkan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan seekor babi betina. Mereka bertanya, “untuk apa ?”.  Beliau menjawab, “ penuhi permintaan saya dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan.”
Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama seekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling menyerang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah seekor darinya nyaris mati. Kemudian Muhammad Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut dan meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan yang berlaku…
Dua babi jantan itu tidak saling menyerang dan berkelahi tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan ‘hajat’ masing-masing tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.
Kesimpulannya, daging babi membunuh ‘ghairah’ (cemburu) orang yang memakannya dan itulah yang terjadi sekarang.
Kita mungkin pernah jumpa dengan lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah sifat-sifat itu sudah menular??? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda… Fikir-fikirkanlah….
Remember…you are what you eat!!!… 



Sunday, 27 November 2011

NAMAKU GURU



Anakku, pernah dulu kau mengadu,
ada tangan memukulmu,
tidak mengapa,
biar aku yang belamu,
walau nasib ku sendiri ku tidak tahu.

Anakku, pernah dulu kau kata
"Guru, aku mahu dimanja mesra",
tidak mengapa,
biar aku tempat kau bersuka
walau ku sendiri dihimpit duka.

Anakku, pernah dulu kau mengukir,
murja durja tidak tertafsir,
tidak mengapa,
biar gelap itu aku singkir,
walau hidup ku sendiri tidak tersisir.

Anakku, pernah dulu kau cerita,
hari mu gelap tiada warna,
tidak mengapa,
biar aku mencorak ceria,
walau ku sendiri tidak berdaya.

Tapi anakku, harapku hanya satu,
jangan pernah kau membatu.
Anakku,tapakkan langkahmu,
sekencang angin.
Laungkan suaramu,
sekuat guruh.
Lebarkan sayapmu,
seluas langit.
Terbangkan dirimu,
setinggi awan.

Tapi anakku,
setelah kencang langkahmu,
setelah kuat suaramu,
setelah lebar sayapmu,
setelah tinggi terbangmu,
Cuba kau toleh dibelakangmu,
disitu ada aku, gurumu,
melihat mu dengan sejuta rasa didalam satu kata,
"Anakku, Aku bangga dengan mu"

Anakku,
Jika langkahmu sumbang,
jangan pernah kau bimbang,
Allah ada bersamamu.

Anakku,
Jika suaramu tidak diendah,
jangan pernah semangat mu patah,
Allah ada mendengarmu.

Anakku,
Jika sayapmu patah,
jangan pernah kau gundah,
Allah ada membantumu.

Anakku,
Jika terbang mu rendah,
jangan pernah kau gelisah,
Allah ada meninggikanmu.

Tapi anakku,Jika gurumu ini rebah tiada sudah,
Jangan pernah kau lupa mendoakan aku,
Agar Allah bersamaku,
Agar Allah mendengarku,
Agar Allah membantuku,
Agar Allah meninggikanku
kerana ku tahu ku tidak mampu,
menduga hari yang bakal ku tempuh,
cuma satu aku mampu,
menanam Iman di hati mu,
kerana namaku GURU.



p/s: sajak ini adalah hasil nukilan seorang insan bergelar guru....

Sunday, 20 November 2011

Malaikat kecil




 “Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam